Aktiviti Eco Challenge yang memberi cabaran dan semangat berpasuka di dalam kumpulan.
EL AZZHAR CAMP, MORIB
Thursday, December 4, 2014
PASUKAN BOLA SEPAK, SIME DARBY
Aktiviti - Aktiviti yang mereka jalankan di EL Azzhar Camp,Morib
Senaman petang di kawasan yang lapang. |
Pelbagai teknik senaman mereka lakukan |
Aktiviti menggunakan peralatan sukan |
Aktiviti kayak |
Berjogging di waktu pagi di kawasan taman perumahan |
Berkaraoke di malam hari |
Semua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti karaoke |
Wednesday, August 13, 2014
Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Tarikh : 8 - 10 Ogos 2014
Bertempat : EL Azzhar Camp, Morib ( EAC )
Pertama Kali Kolej Perkembangan Awal Kanak - Kanak mengadakan program team building di EAC. Kegembiraan terserlah di wajah mereka sepanjang program. Pengalaman perkhemahan mereka membuatkan mereka tidak dapat melupakan program sepanjang di EAC .
Aktiviti highrope jati diri menguji keberaniaan para peserta kolej |
Aktiviti water confident sebelum berakit |
Trainner memberi penjelasan atau briefing |
Trainner memberi penerangan cara membina rakit . |
Banner daripada Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak |
Tapak khemah atau penginapan peserta sepanjang program |
Program dari AEON CO. ( M )
Tarikh : 5 - 7 Ogos 2014
Bertempat : EL Azzhar Camp, Morib ( EAC )
Program ini melakukan aktiviti team building sepanjang tarikh program. Aktiviti mereka sangat santai dan pada 6 Ogos 2014 mereka bersama- sama dengan konsultan menjalankan aktiviti memasak rendang dan pada waktu malam mereka mengadakan jamuan semperna Hari Raya Aidilfitri di EAC. Pelbagai menu dan acara mereka ada kan sepanjang majlis.
Majlis Rumah Terbuka di EL Azzhar Camp, Morib
EL Azzhar Camp, Morib ( EAC )telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Pada 2 Ogos 2014 ( 5 Syawal ), Semua tetamu yang dijemput telah hadir untuk mememriahkan Majlis Rumah Terbuka ini. Kami dari EAC telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Pelbaga jenis juadah yang kami telah sediakan untuk para tetamu seperti nasi lemak, mee kari, bihun sup, murtabak, dadih, aiskrim untuk menarik minat kanak-kanak yang hadir.
Pengarah EL Azzhar Camp ( berbaju melayu biru )bersama isterinya menanti kedatangan para tetamu |
Para tetamu sedang menjamu selera |
Gelagat kanak-kanak mengambil aiskrim ( Menu yang paling laris sepanjang Majlis ) |
Para tetamu yang sudi hadir ke Maljis kami . |
Murtabak yang fresh, sekali makan mau lagi . |
IFTAR RAMADHAN
BUFFET RAMADHAN
Pertama kali kami dari EL Azzhar Camp, Morib ( EAC ) membuat buffet ramadhan pada tahun ini 2014. Dengan Berbesar hatinya saya wakil dari EAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang berbuka puasa di EL Azzhar Camp,Morib. Insha Allah jika diber kesempatan pada tahun hadapn kami akan meneruskan buffet ramadhan ini dengan jayanya .
Tetamu kami daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat |
Tetamu ( Walk In ) berbuka puasa di tempat kami |
Tetami daripada Sek. Keb. Tg. Sepat |
Susun atur meja kerusi sepanjang buffet ramadhan dijalankan |
Thursday, July 3, 2014
Survival Activities
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Tarikh : 24 - 25 Mei 2014
Aktiviti ini melibatkan pelajar - pelajar UiTM, Shah Alam, mereka dikehendaki melalui lumpur di paya bakau dan hanya diberi beras yang bercampur jintan, mereka perlu mengasingkan bahan - bahan tersebut untuk dimasak sebagai makanan tengahari mereka sekumpulan, mereka juga perlu mengisa ikan dan ketam di laut untuk mendapatkan lauk- pauk tambahan untuk makan tengahari mereka.
Selepas itu, mereka dikehendaki untuk memasak sendiri bahan- bahan tersebut dan urusetia akan menilai setiap masakan mereka dan kumpulan yang dapat menyediakan makanan yang enak dan sedap di kira pemenang. Sepanjang program tersebut, pelbagai ragam kita dapat lihat mereka melakukan aktiviti " Adventure Began ( Survival ) ".
Subscribe to:
Posts (Atom)